eikarycka

eikarycka

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

engagement

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 24, 2010

ku ada kamu..

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Khas untuk seorang wanita yang mengandungkan saya selama 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan saya pada pukul 3.30 ptg 3 september 1985, mendidik dan membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang tanpa jemu.. memanjakan saya setiap masa, melayan kerenah saya yang degil, manja dan mengada-ngada, menemani saya ketika suka dan duka, pendek kata dialah segalanya untuk saya dan dialah NYAWA saya.. tanpa dia TAK MUNGKIN saya akan dapat mengharungi hidup yang penuh onak dan duri ini.. Sebagai anak, kadangkala saya sering menyakiti hatinya, membuat dia menitiskan air mata.. namun, dia tetap teguh berdiri di sisi diri ini.. tak mungkin ada insan lain dapat memberi seperti apa yang dia beri pada saya.. saya sentiasa berharap agar dia merasa bahagia bersama saya, agar dia berasa bangga punya anak seperti saya.. jika boleh saya mahu sentiasa bersamanya selamanya.. namun, saya tahu.. satu hari nanti saya terpaksa berpisah dengannya kerana saya akan berkeluarga.. namun, tak bermaksud dia tidak bermakna.. seperti saya kata dia tetap adalah SEGALANYA~!!

P/S : dia itu mama saya ok.. bukan KAKAK saya. ;p ramai org kata kami mcm adik beradik ;p (sukalah tu mama ;p)



No comments: